Mangsa banjir di Rantau Panjang terus meningkat

SALMAH HUSAIN | .

RANTAU PANJANG: Bilangan mangsa banjir di Rantau Panjang meningkat kepada 2,473 mangsa sehingga jam 10 pagi tadi.

Semua mangsa ditempatkan di 16 pusat pemindahan banjir selain menumpang di rumah saudara terdekat.

Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata ekoran keadaan banjir di kawasan itu semakin meningkat, beliau mengingatkan mangsa mengikut nasihat pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

"Bagi yang tinggal di kawasan rendah diharapkan lebih berhati-hati.

"Kalau pihak keselamatan arah berpindah, berpindah segera," ujarnya.

Beliau berkata hujan masih belum reda khususnya dalam tempoh tiga hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Empangan Bukit Kwong, Kampung Tandak dekat sini.

Empangan berkenaan juga didapati air semakin melimpah berbanding tahun lalu.

Terdahulu Zailah menziarahi magsa banjir yang dipindahkan di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Sekolah Kebangsaan Kubang Kual, Sek Men Agama (A) Lati, Sek Keb Kampung Baru dan beberapa tempat perpindahan lagi.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir berupa makanan dan keperluan harian.

Kepada yang ingin menyumbang orang ramai boleh menyalurkan kepada akaun Bank Islam Malaysia (03027010039774) atau May Bank (553065005848) atas nama Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang.

Beliau turut menaiki bot sek kebangsaan Lubok Setol Dun Gual Periok untuk meninjau perkembangan banjir di sana. – HARAKAHDAILY 3/1/2017

Share on Myspace