Palestin Kota Warisan umat Islam

AKHIR MUHAMMAD | .

Satu projek berbentuk lawatan ilmiah bagi menyerlahkan warisan Palestin telah dijalankan dengan moto ‘mereka yang tidak kenal negara sendiri tidak mampu merasa kasih dan sayang pada negara’.

Projek yang digerakkan oleh NGO Palestin Taghyeer itu mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran 50 orang blogger, wartawan dan aktivis media sosial tempatan.

Program tersebut bermula di de facto terpenting pihak berkuasa Palestin di Ramallah dan berhenti di kawasan air mata air  Ein Fawwar dan Ein Farah, makam Nabi Musa AS dan kilang gula di Jericho, bandar Palestin terletak berdekatan dengan Sungai Jordan.

Para peserta turut berkongsi apa yang mereka lihat dan lalui sepanjang perjalanan mereka dengan puluhan ribu pengikut dan rakan-rakan di laman-laman sosial Facebook, Snapchat, Twitter dan Instagram.

Menurut pengasas Taghyeer, Saed Karzoun, berkata kepada Al Jazeera, program Bas Media Sosial tersebut telah menarik minat yang besar di Palestin bahkan di luar negara dengan lebih kurang 50,000 orang mengikuti hashtag #SMBUS di Twitter dan Instagram dalam masa dua hari sahaja.

Jelas beliau lagi, perkara tersebut merupakan satu cara yang amat baik digunakan bagi berhubung dengan dunia luar.

Menurut laporan  yang diterbitkan oleh syarikat Palestin, Concepts pada tahun 2016, kira-kira 1.7 juta orang rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menggunakan laman sosial Facebook, manakala lebih daripada satu juta menggunakan WhatsApp serta lebih daripada 300,000 orang menggunakan laman Twitter dan Instagram.

Turut menyuarakan hal yang sama Tala Halawa yang merupakan seorang wartawan dan penyelidik menyatakan adalah amat penting bagi rakyat Palestin untuk berada di media sosial kerana ramai orang seluruh dunia menggunakan platform itu untuk berhubung dengan rakyat Palestin serta mendapatkan maklumat berkenaan negara ini.

Di samping itu, seorang petugas, Hamza Aqrabawi, berkata lebih 1,000 lawatan telah dikendalikan olehnya sepanjang 2016 dan Bas Media Sosial adalah yang terbaik.

“Kami sedar bahawa kami seperti orang asing di negara sendiri. Israel berasa lebih selesa kerana mereka tahu tanah itu. Ia adalah sangat penting untuk mengetahui berkenaan Palestin untuk menghapuskan rasa takut dan teruskan tuntutan hak milik.

“Setiap peserta dalam lawatan itu mempunyai sekurang-kurangnya 5,000 orang rakan dan pengikut; ribuan merasai pengalaman kita. Mereka semua tahu Ein Farah dan Ein Fawwar dan tidak lagi takut untuk pergi ke sana,” jelas Aqrabawi memberitahu Al Jazeera.

Seorang peserta Noor Hamad, 34, merupakan penduduk Palestin dilahirkan di Syria dan dibesarkan di Jordan turut menulis berkenaan perjalanan yang disertainya serta memuatnaik beberapa gambar di laman sosial untuk berkongsi pengalaman bersama kawan-kawannya.

Kekurangan perkhidmatan internet 3G di Tebing Barat yang dijajah merupakan halangan yang ketara, memaksa ramai rakyat Palestin bergantung kepada kemudahan wi-fi yang hanya tersedia di kawasan-kawasan tertentu.

“Israel cuba untuk mengawal akses Palestin dengan perkhidmatan tersebut untuk memastikan mereka terasing dari dunia luar,” kata Halawa kepada Al Jazeera. (ulamasedunia.org)

Share on Myspace