Kemampuan Presiden PAS kuasai pergolakan krisis dunia

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .

Syarahan Perdana: Kemampuan Presiden PAS Menguasai Pergolakan Krisis Dunia

KUALA LUMPUR: Syarahan Perdana anjuran Lajnah Antarabangsa PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat di Dewan Banquet MBSA hari ini dengan menampilkan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membuktikan kemampuan beliau menguasai krisis pergolakan dunia yang berlaku.

Syarahan yang membawakan tajuk 'Asia Barat Yang Bergolak, Ke Mana Kita' jelas memberikan satu keperluan untuk mengetahui segala krisis dan polemik dunia bukan sekadar melalui media sosial semata-mata namun perlu seimbang dengan pengkajian serta penilitian berdasarkan rujukan syarak.

Kupasan yang diberikan oleh Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia tersebut menjadi pembuka kepada generasi dan rakyat Malaysia untuk belajar memahami satu perkara tidak hanya mendengar khabar tanpa wujud rujukan terperinci.

Semua hadirin yang hadir memberikan respons positif dengan penganjuran seumpama itu bahkan ia mampu meranapkan segala dakwaan dan pandangan tidak berasas yang berlegar di media baru sehingga menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Fungsi dan peranan Tuan Guru Presiden PAS kepada dunia bukanlah satu perkara picisan namun ia menjadi sandaran utama kredibilitinya membawa sebuah gerakan Islam di Malaysia agar terus membawa suara Islam ke seantero dunia.

Sesi soal jawab yang berlangsung juga diselia dengan baik dan penjelasan diberikan beliau membantu memudahkan kefahaman dalam mendapatkan kesimpulan krisis yang berlaku. (www.pas.org.my)

Share on Myspace