Ayah Timbalan Presiden PAS kembali ke rahmatullah

HARAKAHDAILY | .

Foto 31 Ogos 2016: Tun Man Tuan Mat (tengah) bersama Tuan Ibrahim dan Dr Rani Osman di Kampung Batu Balai, Jerantut.

KUALA LUMPUR: Tuan Man Tuan Mat, 83, ayahanda kepada Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kembali ke rahmatullah pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Tuan Ibrahim menerusi laman facebook beliau, sebagaimana di bawah.

Assalamualaikum.
Dukacita dimaklumkan bahawa Ayahnya saya Hj Tuan Man bin Tuan Mat telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.30 sebentar tadi.
Jenazah akan di solat jam 5 pm di Masjid BT Balai. Jerantut.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Share on Myspace