Presiden PAS berdialog bersama NGO Islam

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .

SHAH ALAM: Penganjuran Dialog & Hi-Tea Presiden PAS Bersama NGO yang berlangsung di Shah Alam, semalam adalah satu pendekatan PAS untuk menyampaikan maklumat demi kebaikan bersama.

Penganjuran yang dihadiri sekitar 50 NGO tersebut telah mendengar secara langsung pelbagai isu dan krisis dalam serta luar negara bahkan sesi soal jawab bersama Presiden PAS menjadi peluang melontarkan pelbagai pandangan.

PAS sentiasa komited menganjurkan penerangan yang lebih harmoni tanpa mencemarkan budaya dengan cara fitnah serta mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya kematangan PAS dalam menguruskan krisis sentiasa di atas paksi syariat Islam sebenar.

Turut serta bersama dalam program itu, pimpinan utama PAS seperti Timnbalan Presiden PAS, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan serta pimpinan lain.

Pertemuan bersama NGO tersebut dianjurkan oleh Lajnah Dakwah PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah NGO PAS Pusat dan Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO DPPM. – HARAKAHDAILY 10/1/2017

Share on Myspace