Kumpulan hak asasi manusia selar Myanmar

AKHIR MUHAMMAD | .

Kumpulan hak asasi manusia, Human Right Watch (HRW) terbaru menyelar pasukan keselamatan Myanmar melakukan kekejaman terhadap umat Islam Rohingnya di wilayah Rakhine di sebalik penafian itu dilaporkan oleh sebuah ‘suruhanjaya siasatan’ yang melakukan siasatan di wilayah bergolak itu.

Laporan daripada pihak suruhanjaya siasatan dan reaksi diberikan oleh pihak HRW disiarkan pada hari Rabu sehari selepas tersebarnya video menunjukkan pihak polis cuba memukul orang awam etnik minoriti muslim di negara itu.

Puluhan ribu etnik Rohinhya yang dibenci oleh majoriti rakyat Myanmar penganut agama Buddha melarikan diri dari operasi ketenteraan yang dilancarkan selepas insiden serangan maut ke atas pondok polis pada bulan Oktober.

Memetik sumber Al Jazeera, operasi ganas itu meragut banyak nyawa manakala mangsa yang sempat melarikan diri ke negara jiran Bangladesh didakwa dirogol, menjadi mangsa kebakaran, pembunuhan dan penyeksaan di tangan pihak keselamatan.

Pada masa sama, kerajaan Myanmar diketuai pemenang Anugerah Nobel, Aung San Suu Kyi, menjelaskan bahawa dakwaan telah dibuat-buat dan menolak tekanan antarabangsa yang mahu etnik minoriti tertindas itu dilindungi.

Rabu lalu, suruhanjaya itu ditubuhkan untuk menyiasat laporan interim berkenaan keganasan yang dilakukan menolak dakwaan bahawa pasukan keselamatan telah melakukan penyalahgunaan kuasa dan dakwaan memulakan kempen untuk memaksa umat Islam Rohingya keluar dari negara itu.

Pihak kerajaan Myanmar enggan mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu etnik minoriti negara itu sebaliknya menggambarkan mereka sebagai Benggali atau pendatang tanpa izin dari negara jiran, Bangladesh.

Suruhanjaya yang diketuai oleh seorang bekas jeneral tentera yang telah disenaraihitam oleh Washington melaporkan mereka ‘tidak menemui yang mencukupi’ untuk mengesahkan dakwaan jenayah rogol yang dilakukan pihak tentera.

Menurut laporan siasatan itu juga, mereka ‘masih menyiasat’ insiden kebakaran, penahanan tanpa sebab dan dakwaan penyeksaan terhadap etnik Rohingya.

Susulan kenyataan yang dikeluarkan suruhanjaya itu, pihak HRW mengklasifikasikan ia sebagai ‘laporan yang cacat dan tidak lengkap’.

“Laporan seumpama itu merupakan satu contoh kesimpulan yang melulu untuk meyakinkan bahawa situasi politik kini adalah tidak buruk; bahkan direka untuk menolak kembali tekanan masyarakat antarabangsa.”

Memetik sumber sama, tindakan undang-undang juga diambil ke atas 485 orang awam tanpa memberi maklumat lanjut.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas kerajaan menahan empat pegawai polis berhubung rakaman video yang dirakam menunjukkan mereka sedang memukul dan menendang penduduk etnik Rohingya.

Lebih 120,000 orang kini terperangkap di kem pelarian yang menjijikkan sejak keganasan meletus pada tahun 2012, menyaksikan etnik minoriti itu dinafikan kewarganegaraan, akses perkhidmatan kesihatan dan pendidikan. (ulamasedunia.org)

Share on Myspace