Pemergian Adenan: Kerajaan Kelantan rakam takziah

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan turut merakam ucapan takziah kepada keluarga Ketua Menteri Sarawak di atas kematian Tan Sri Adenan Satem.

Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob merakam ucapan itu kepada Puan Sri Jamilah Anu dan seluruh anggota keluarganya serta rakyat Sarawak.

“Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jualah kita kembali. Saya mendapat berita pemergian mengadap Ilahi buat selamanya sekejap tadi di IJN Samarahan.

“Sesungguhnya beliau telah menabur jasa yang terlalu besar buat rakyat Sarawak dan negara ini. Semoga Allah mengampuni beliau dan menempatkannya bersama para solehin,” katanya pada satu kenyataan di sini.

Allahyarham dilapor menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara, Kota Samarahan di Sarawak kira-kira jam 1.20 petang tadi.

Adenan, 72 menduduki kerusi Ketua Menteri Sarawak tahun lepas selepas Barisan Nasional menang pilihan raya negeri ke-11 pada Mei tahun lepas.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 8 Mei 2016 bagi menggantikan Tun Abdul Rahman Taib yang dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak. – HARAKAHDAILY 11/1/2017

Share on Myspace