DMPM rakam takziah atas pemergian Adenan Satem

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH | .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahala kamu. Barangsiapa dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia beroleh kejayaan. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Al-Imran: 185)

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Haji Adenan bin Satem, hari ini.

Beliau dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi di IJN Samarahan. Sesungguhnya jasa dan sumbangan beliau terhadap rakyat Sarawak cukup besar.

Kami Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) juga merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan hambaNya yang beriman. InsyaAllah.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
12 Rabiul Akhir 1438 / 11 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 11/1/2017

Share on Myspace