Tanam padi: Selangor kaji kesesuaian guna dron

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Penggunaan dron untuk kerja penanaman padi adalah antara kaedah terbaik dan kerajaan negeri sedang mengkaji kesesuaiannya untuk dilaksanakan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, kajian dilakukan dengan mengambil kira pelbagai aspek supaya ia memberi manfaat kepada golongan petani serta penghasilan pertanian.
 
“Ia memang satu cadangan yang baik dan kita juga sedang dalam peringkat perintis mengguna pakai kaedah itu.

“Jika dilihat ketika kita jayakan perasmian Selangor Agrofest baru-baru ini, kita menggunakan dron dan ditunjukkan bagaimana menggunakannya,” katanya memetik laporan SelangorKini.

Beliau berkata, penggunaan kaedah itu adalah pelbagai iaitu bukan setakat bagi kerja pemantauan tetapi juga untuk meracun dan seumpamanya.

“Namun, kita perlu mengkaji dari sudut kos dan method supaya tidak membebankan petani,” katanya lagi.

Share on Myspace