65,000 pelarian Rohingya tiba di Bangladesh sejak Okt 2016

HARAKAHDAILY | .

Sebanyak 65,000 minoriti Muslim Rohingya dilaporkan telah tiba di Bangladesh sejak awal Oktober 2016 lalu, seperti dilaporkan oleh data terbaru yang dikeluarkan delegasi PBB pada hari Selasa, kelmarin.

Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan menjelaskan bahawa kenaikan itu dicetuskan kemasukan kumpulan pelarian Rohingya terakhir yang telah tiba di wilayah Bangladesh, sehingga menjadikan jumlah keseluruhan pelarian Muslim Rakhine mencapai angka 65,000 jiwa.

Dalam laporan mingguan tersebut, Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan mengkritik lambatnya proses pentadbiran kerajaan Myanmar untuk memberikan izin masuk kepada delegasi PBB, yang memerlukan masa sehingga 12 hari.

Sementara itu pada sisi lain, seorang sumber hak asasi manusia dan media tempatan Rakhine mengatakan bahawa untuk hari ketiga secara berturut-turut tentera-tentera Myanmar dilaporkan kembali menyerbu sejumlah desa di wilayah Rakhine, yang menyebabkan beribu-ribu Muslim Rohinya melarikan diri ke negara jiran, terutama Bangladesh.

Menurut saksi yang minta dirahsiakan identitinya mengatakan lebih daripada dua puluh wanita telah dirogol oleh tentera Myanmar dalam 3 hari terakhir, selain menyeksa puluhan lelaki Rohingya yang berjaya ditangkap. (Eramuslim)

Share on Myspace