PAS cadang nama lebuh raya hargai jasa Adenan Satem

HARAKAHDAILY | .

Pemergian Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Satem merupakan suatu kehilangan yang besar serta dirasai oleh seluruh rakyat negeri Sarawak. Banyak perubahan positif yang telah dilakukan di bawah kepimpinan beliau. Keterbukaan beliau dalam mendengar pandangan daripada pelbagai pihak juga wajar dicontohi oleh pimpinan politik yang ada sekarang ini.

Sebagai memperingati jasa besar Allahyarham, saya mencadangkan agar pihak kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menamakan Lebuh raya Pan Borneo Sarawak dinamakan sebagai Lebuh raya Datuk Patinggi Adenan Satem.

Saya mewakili Pemuda PAS Sarawak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham serta seluruh rakyat Sarawak atas pemergian Ketua Menteri kita. Semoga Allah menerima segala amal soleh beliau dan ditempatkan bersama para solihin.

“Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (Al-Ankabut: 57)

Mohammad Arifiriazul Paijo
Ketua Pemuda PAS Sarawak - HARAKAHDAILY 13/1/2017

Share on Myspace