Jangan hanya lihat negatif peranan pembangkang

USTAZ AHMAD BILAL RAHUDIN | .

PAS selaku pembangkang di DUN Melaka tidak pernah mengubah tanggungjawab 'semak dan imbang' kepada Kerajaan Negeri Melaka dalam memastikan pengurusan pentadbiran dilaksanakan selaras kepentingan agama, negeri dan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron tidak harus melihat suara dan posisi pihak pembangkang secara negatif atau diluar kewajaran sekiranya benar-benar memahami perkara tersebut dalam konteks demokrasi dan peranan perlu ditunaikan.

Apatah lagi memandang remeh, memperkecil atau melemahkan, sebaliknya interaksi antara pihak kerajaan dan pembangkang perlu untuk mempertingkatkan efisien dan integriti urus tadbir.

PAS tidak semberono dan membuta tuli, tetapi mengambil pendekatan politik matang dalam mengemukakan bangkangan mahupun sokongan. Tindakan berobjektif diambil PAS tidak harus dilihat condong atau memihak tanpa asas.

Begitu juga profesionalisme ditunjukkan wakil PAS yang juga ADUN Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim adalah termasuk dalam kerangka sama dan tidak bererti kerajaan harus merasa selesa untuk berwewenangan terhadap mandat rakyat.

Wakil PAS akan pastikan setiap keputusan serta hak dijayakan sehingga terwujud kesejahteraan dan kemajuan ke atas negeri tercinta ini. Inilah prinsip ta'awun yakni bertolong dalam perkara kebaikan dan takwa.

USTAZ AHMAD BILAL RAHUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Melaka – HARAKAHDAILY 17/2/2017

Share on Myspace