Selangor terus bela nasib nelayan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor menyerahkan bantuan peralatan menangkap ikan kepada 278 nelayan di Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, antara bentuk bantuan diberikan adalah jaring dan sistem kedudukan sejagat (GPS).
 
“Nelayan tidak tersisih dengan pembangunan negeri. Tanpa nelayan, masakan kita mampu untuk menikmati ikan.

“Pada 2016, kita memperuntukkan RM1.6 juta untuk memberikan bantuan peralatan menangkap ikan kepada nelayan dan peralatan serta makanan ternakan ikan kepada usahawan Selangor.

“Bagi 2017, kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta bagi tujuan sama dan dijangka 500 penerima bakal memperolehi manfaat program,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian Program Penyerahan Bantuan Nelayan dan Akuakultur Kerajaan Negeri Selangor Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Daerah Sabak Bernam menyaksikan 133 nelayan menerima bantuan dengan 17 orang daripadanya menerima bantuan jaring dan selebihnya mendapat GPS.

Sementara di Kuala Selangor, 29 daripada 145 penerima mendapat bantuan jaring manakala selebihnya mendapat GPS.

Secara keseluruhan, terdapat 7,395 nelayan berdaftar di Negeri Selangor.

Pada 2016, 698 nelayan menerima bantuan berbentuk peralatan menangkap ikan dengan peruntukkan RM995,000.

Manakala seramai 168 usahawan akuakultur menerima bantuan peralatan kolam ternakan dan makanan ikan melibatkan peruntukkan bernilai RM600,000.

Share on Myspace