Sidebar

27
Wed, Sep
32 Artikel Baru

Pendidikan Rohingya: PAS, Mapim temui NGO antarabangsa

Dunia
Typography

PADA 8 Mei 2017, rombongan PASRelief dan MAPIM mengadakan kunjungan ke Turki,  bertemu Saadet Parti, dan NGO Antarabangsa seperti Cansuyu Organisation,  Gözbebekleri, IHH, Ansor dan tokoh-tokoh besar Turki.

Pertemuan ini bertujuan mengumpulkan sokongan, menjalin kerjasama dan membina kekuatan dan perpaduan Islam bagi membela masyarakat muslim yang dizalimi dan tertindas di seluruh dunia.

Khusus untuk Muslim Rohingya, PASRelief membawa kertas cadangan (proposal)  bagi mewujudkan pusat pendidikan menengah, pendidikan tinggi dan kolej untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti tinggi di kalangan pelarian Muslim Rohingya di rantau ini. Pusat ini akan diwujudkan di Muassasah Darul Ulum yang telah dipersetujui oleh PAS Kedah dan Ahli Majlis Muassasah.

Bagi program jangka pendek, PASRelief dan MAPIM membawa kertas cadangan bagi mendapatkan sokongan kewangan bagi menjayakan 'Ramadhan  Food Pakage' kepada keluarga pelarian di kem-kem pelarian di Arakan,  Bangladesh dan Malaysia.

Semua pertemuan tersebut diadakan bersama pemimpin tertinggi organisasi tersebit, seperti Presiden Saadat Partisi Mr Temel Kamarallaoglu, Naib-Naib Presiden, SU Agong dan sayap pemudanya.

Pertemuan dan perbincangan dengan Cansuyu diadakan dengan Presidennya Mr Mustaffa Koylu, pemimpin dan kakitangan NGO tersebut.

Pertemuan dengan Gözbebekleri di Istanbul disertai oleh Presidennya Mr Ali Cëtin dan Pengurus besar Ustaz Abdul Rasheed.

Organisasi kemanusiaan paling disegani, yang ditubuhkan oleh Almarhum Necmatin Erbakan, IHH turut menyambut kedatangan PASRelief dan MAPIM ke Turki. Pertemuan diadakan dengan Pengurus Besar Antarabangsa Mr Hassan dan sayap pemuda IHH di ibu pejabat IHH bersebelahan Masjid Jami' Fateh,  Istanbul.

Pertemuan turut diadakan dengan NGO al-Ansar, yang berkunjung ke kediaman rombongan PASRelief dan MAPIM di pangsapuri wakaf al-Quds. Pertemuan terakhir diadakan dengan Mr Harun Majeed,  tokoh ternama dalam aktiviti kebajikan di Turki dan antarabangsa.

Rombongan PASRelief yang turut disertai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, merangkap Timbalan Pengarah PASRelief, turut mengadakan pertemuan dengan organisasi Islam lain, selain menyertai beberapa mesyuarat dan aktiviti gerakan Islam antarabangsa.

PASRelief dan MAPIM seterusnya meneruskan misi menghidupkan kemanusiaan ke United Kingdom.

Dari Ankara dan Istanbul Turki, PASRelief ke London, Manchester, Sheffield, Nottingham bertemu beberapa NGO antarabangsa dan komuniti Malaysia.  Menghidupkan perjuangan kemanusiaan.  Akan ada beberapa langkah susulan berkaitan tindakan membantu Muslim Rohingya yang akan dijayakan bersama dalam skala yang lebih besar dan berkesan.

Rombongan ini tiba ke KLIA pada hari ini,  19 Mei 2017.

Ahli misi:

1.Muhammad Sanusi Md Nor (Pengarah PASRelief)

2.Ust Muhd Khalil Abdul Hadi (Ketua DPPM/Timbalan Pengarah PASRelief)

3.Ust Musadaq Hj Ahmad (Lembaga Pengarah Muassasah Darul Ulum)

4.Ust Ahmad Tarmizi Sulaiman (Naib Presiden MAPIM/ Ahli Jawatankuasa PASRelief)

5.Syakur (Cakna Palestin)

6.Zulkifli Che Harun (Rohingya Leaning Centre MAPIM)

7.Syukri Shaari (MAPIM).

 

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengarah PASRelief
AJK PAS Pusat – HARAKAHDAILY 19/5/2017

PASRelief 1

PASRelief 3

PASRelief 4

PASRelief 5

PASRelief 6

PASRelief 7