Bekas penyerang Chelsea puji Turki bantu Rohingya

Dunia
Typography

PEMAIN bola sepak Senegal dan bekas penyerang Chelsea, Demba Ba menyeru umat Islam untuk melindungi Muslim Rohingya di Myanmar.

Ba berkata masyarakat antarabangsa mempunyai tanggungjawab besar terhadap perkembangan di Myanmar.

"Semua orang melihat dan mengetahui apa yang sedang berlaku tetapi tidak ada yang benar-benar bertindak atau bercakap untuk menghentikan ini," kata Ba, semalam seperti yang dilaporkan Anadolu Agency.

Bekas pemain Beşiktaş itu juga memuji usaha Turki dalam membantu Rohingya.

"Tidak ada negara lain yang membuat usaha sebagai Turki untuk membantu masyarakat Islam yang dianiaya," katanya dipetik portal berita Islampos.

Seperti yang diketahui, keganasan meletus di negeri Rakhine di Myanmar pada 25 Ogos apabila pasukan keselamatan negara itu melancarkan operasi terhadap masyarakat Islam Rohingya.

Ini mencetuskan kemasukan pelarian baharu ke negara jiran Bangladesh, walaupun negara itu menutup sempadannya kepada pelarian.