Sidebar

24
Sun, Sep
13 Artikel Baru

RM5 juta bina pasar baru di Selising

Berita
Typography

PENDUDUK di Dun Selising bakal mendapat pasar baharu tidak lama lagi menggantikan pasar lama yang terbakar akhir 2015.

Pasar baharu itu mendapat peruntukan sebanyak RM5 juta daripada Kementerian Kewangan.

Ketua Jajahan Pasir Puteh, Mohd Anis Hussein berkata, projek pembinaan pasar baharu itu sekarang masih dalam proses sebut harga.

"Kita juga sudah membayar kira-kira RM250,000 kepada pemilik tanah yang akan dibangunkan pasar tersebut.

“Kawasan sawah seluas dua ekar akan dilakukan kerja-kerja menambun tanah setinggi lima kaki yang dijangka mencecah kos RM500,000,” katanya ketika ditemui semasa lawatan di Kampung Permatang Gading, Selising, Pasir Puteh semalam.

Pada akhir 2015 pasar Selising terbakar dipercayai akibat litar pintas sehingga menyebabkan seramai 80 peniaga hilang tempat mencari rezeki.

Pasar tersebut berusia lebih 50 tahun iaitu sebahagian besar strukturnya dibuat daripada kayu.

Mohd Anis juga berkata, kerja-kerja menambun tapak pasar baharu itu akan bermula Mei depan dan pembinaannya dijangka siap dalam tempoh dua tahun. – HARAKAHDAILY 12/4/2017

Selinsing 2