Sidebar

24
Sun, Sep
13 Artikel Baru

Tiada faktor politik punca guru ditukar

Berita
Typography

TIADA pertukaran guru dan kakitangan Yayasan Islam Kelantan (Yik) kerana faktor politik, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Katanya kerajaan negeri di bawah kepemimpinan ulama tidak mengulangi tindak-tanduk kerajaan BN yang menukarkan kakitangan disebabkan dendam politik.

“Sekiranya berlaku pertukaran kakitangan sekarang ia masalah disiplin kerana boleh merosakkan profesyen mereka sendiri sekiranya dibiarkan.

“Kerajaan negeri tidak ada masalah dengan warna, biru, oren atau biru laut asalkan mereka tidak menjadikan parti yang mereka dukungi itu merosakkan prestasi sekolah atau mengganggu pelajar.

“Kita tidak mahu pemikiran pelajar dirosak dengan fahaman yang tidak tidak betul,” katanya ketika merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru Maahad Pengajian Islam (MPI) Ke-16 Kota Bharu hari ini.

Oleh itu beliau menegaskan kerajaan Kelantan tidak menukar guru sesuka hati kerana faktor politik. - HARAKAHDAILY 13/4/2017