01
Mon, May
17 Artikel Baru

Karikatur: Pemuda PAS Kelantan akan lapor polis

Berita
Typography

DEWAN Pemuda PAS Kelantan akan membuat laporan polis terhadap satu lagi karikatur yang dianggap menghina Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ketuanya, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau mengarahkan semua Dewan Pemuda PAS peringkat kawasan di negeri itu supaya melaksanakan tindakan tersebut.

"Karikatur yang dilukis Fahmi Reza dalam Facebook yang jelas menghina PAS, memaparkan lukisan menyerupai Presiden PAS memakai serban dan menyerupai monyet.

"Kita anggap ini satu penghinaan terhadap PAS dan Pemuda PAS Kelantan akan membuat laporan polis mengenai penghinaan ini," katanya dalam sidang media pada Muktamar Pemuda PAS Kelantan di Machang.

Beliau juga menganggap perbuatan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dari DAP yang turut berkongsi status Fahmi Reza tersebut juga mempunyai niat yang sama. - HARAKAHDAILY 15/4/2017