Sidebar

21
Thu, Sep
32 Artikel Baru

Ke mana pergi RM1.1 bilion wang Felda?

Berita
Typography

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) digesa menjelaskan persoalan kehilangan wang Felda sebanyak RM1.1 bilion.

Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat, Naraza Muda berkata, peruntukan sebanyak RM1.4 bilion telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk pembinaan 20,000 rumah generasi kedua Felda dalam masa tahun.

Katanya, pada tahun 2016, sebanyak 20,000 unit rumah sahaja yang telah didirikan dan bakinya sebanyak 11,000 unnit masih belum dibina.

“Sekarang dah masuk 2017, bermakna dah berbaki setahun saja lagi. Rrekod yang dikeluarkan oleh Felda sendiri sehingga tahun 2016 sebanyak hanya 8,470 buah telah siap sedangkan matlamat untuk membina 20 000 unit buah rumah.

"(Tan Sri) Isa Samad (bekas Pengerusi Felda) telah memberi jaminan jaminan baki 11,000 buah lebih akan disiapkan pada tahun 2018, ini sudah tidak munasabah,” tegasnya dipetik Buletin Online.

Beliau berkata, Felda telah mengeluarkan RM400 hingga RM600 juta dari peruntukan RM1.4 bilion bagi membina rumah tersebut sehingga tahun lalu.

“Kalau dia tak ambil kira RM600 juta sudah dikeluarkan untuk bina 8,470 buah unit rumah Felda. Maka ada lagi baki RM800 juta tapi dia (Felda) beritahu di sini, Felda akan siapkan 11,000 unit apabila mendapat peruntukan baru. Jadi seolah-olahnya, RM1.4 bilion itu sudah habis.

“Jadi kalau RM800 juta masih berbaki, dicampur dengan satu kenyataan daripada Pengerusi Felda atau pun Exco Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 2015, Pahang sudah dapatkan RM300 juta peruntukan tambahan untuk menyiapkan projek yang sakit (sebanyak) RM300 juta,” ujarnya.

Namun begitu, malangnya kata Naraza, beliau telah pergi ke (kawasan Felda) Negeri Pahang, antaranya Bukit Tajau, Chini dan banyak lagi Gugusan Jengka, tiada sebarang perubahan.

“Tidak ada pun pergerakan ataupun kerja dijalankan untuk berniatkan projek ini sedangkan Datuk Abu Bakar Harun, Exco Negeri Pahang kata tinggal RM300 juta tambahan,” katanya.

Jadi, jelas soal beliau, sekiranya peruntukan sebanyak RM600 juta daripada jumlah RM1.4 bilion sudah dibelanjakan, masih ada berbaki sebanyak RM800 juta.

“Campur dengan peruntukan tambahan RM300 juta, maka RM1.1 bilion itu di mana? Dan baru-baru ini ada Tan Sri Sharir Samad kata pihak Felda akan mendapatkan peruntukan baru daripada agensi luar RM1 bilion, pinjaman untuk menyiapkan perumahan.

“Jadi kita mempersoalkan mana perginya RM1.4 bilion, pakai RM600 juta, baki RM800 juta, pinjam pula RM300 juta, jadi RM1.1 bilion.

“Dia (kerajaan dan Felda) kena jawab, dengan memberitahu masyarakat Felda bahawa ke mana peruntukan disalurkan,” tegasnya lagi.

Beliau berkata, warga Felda merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh pihak pengurusan yang baru, Tan Sri Shahrir Samad dan pendahulunya.