24
Wed, Jul
34 Artikel Baru

PAS-Umno Bkt. Mertajam santuni fakir miskin

Berita
Typography
BUKIT MERTAJAM: PAS Kawasan Bukit Mertajam telah bekerjasama dengan Umno Bahagian Bukit Mertajam dalam program Sumbangan Kasih Ramadan kepada 120 fakir miskin.
 
Program ini turut dihadiri Ketua Umno Bukit Mertajam, Dato' Musa Sheikh Fadzir dan beberapa pimpinan PAS dan Umno yang lain telah diadakan di Masjid Alma Jaya, di sini semalam.
 
Sumbangan ini bertujuan menyantuni dan menggembirakan golongan yang memerlukan dalam meringankan beban mereka lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.
 
Yang DiPertua PAS Bukit Mertajam, Norazman Ishak menyedarkan hadirin terhadap tanggungjawab sesama Muslim untuk saling berkongsi nikmat hidup yang dianugerahkan Allah.
 
"Program seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang untuk menunjukkan keprihatinan kita kepada orang-orang yang kurang berkemampuan," ujarnya.
 
Norazman dan Dato' Musa pada majlis tersebut turut meluangkan masa berbuka puasa bersama para tetamu dan para penerima sumbangan. - HARAKAHDAILY 19/5/2019
IMG 20190519 WA0071