26
Wed, Jul
31 Artikel Baru

Henti urus niaga waktu Maghrib sejak 1994

Berita
Typography

ARAHAN penutupan sementara urusniaga di pasar malam di Kota Bharu ketika masuk waktu Maghrib dikuatkuasa sejak 1994.

Ketua Penolong Pengarah Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Azman Mohd Daham berkata, peraturan itu sudah lama dikuatkuasa di Kelantan.

“Sepatutnya perkara ini tidak berbangkit sebab ia dah lama dilaksana. Ia juga dikuatkuasakan di semua pihak berkuasa tempatan di negeri ini,” katanya di Kota Bharu.

Beliau juga berkata, bilangan peniaga bukan Islam yang berniaga di pasar-pasar di sekitar Kota Bharu tidak sampai satu peratus.

Oleh itu katanya undang-undang tersebut tidak memberi kesan kepada peniaga pasar malam yang bukan Islam.

Azman juga berkata semua premis pasar raya di negeri ini juga dikehendaki menutup perniagaan selama sejam ketika masuk waktu solat Jumaat bagi membolehkan kakitangan beragama Islam menunaikan solat. - HARAKAHDAILY 19/4/2017