Sidebar

24
Sun, Sep
13 Artikel Baru

Tempat solat khas di pasar malam

Berita
Typography

KERAJAAN negeri akan memperkasakan lagi pasar malam dengan memastikan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan tempat solat khas di lokasi berkenaan.

Abdul Fattah MahmoodPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata ia bagi membolehkan peniaga membudayakan peraturan menghenti seketika urusniaga ketika waktu Maghrib.

Katanya, langkah tersebut dilaksanakan bagi mewujudkan keseragaman antara PBT di Kelantan untuk membolehkan urusniaga dihentikan seketika kira-kira 10 minit.

"Sepatutnya seluruh PBT sudah melaksanakan peraturan itu di pasar malam utama yang dipilih," katanya pada sidang media di Kota Darulnaim hari ini.

Kata beliau peraturan tersebut dikuatkuasa di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam sejak 1995 dan diperluaskan ke PBT lain pada 2005.

Beliau juga berkata kerajaan negeri sedia berbincang dengan peniaga bukan Islam yang berniaga di pasar malam di negeri ini.

Menurutnya, usaha berkenaan boleh dilakukan sekiranya kawasan terlibat majoriti penduduk bukan Islam.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan mengadakan pengasingan pasar malam sekiranya terdapat peniaga bukan Islam lebih ramai. – HARAKAHDAILY 20/4/2017