24
Mon, Jun
32 Artikel Baru

Ziarah dan 'Food Pack' Sahur Pemuda PAS Parit

Berita
Typography

PARIT: Pemuda PAS Kawasan Parit meneruskan tradisi 'food pack' sahur yang disumbangkan sebagai sebahagian usaha mengimarahkan Ramadan.

Inisiatif ini juga sebagai menyantuni, serta sebagai menzahirkan penghargaan atas komitmen tidak berbelah bahagi para penjawat awam yang melaksanakan tugas.

Sehubungan itu, dipimpin Ketua Pemuda PAS Parit, Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar, delegasi telah berkunjung ke Balai Polis Titi Gantung, di sini semalam.

Turut dilawati bagi menyerahkan 'food pack' itu adalah Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Iskandar, Hospital Changkat Melintang serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar.

Delegasi turut singgah menyantuni dan menyerahkan juadah sama di Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar pada jelajah mereka awal pagi itu.

Menurut Ustaz Zahid, pihaknya berhasrat meluaskan lagi inisiatif tersebut untuk diberikan kepada lebih ramai penerima terutama golongan miskin.

Penghujung program diteruskan dengan qiamullail Ramadan serta sahur dan solat Subuh berjamaah seluruh Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Parit. - HARAKAHDAILY 2/6/2019

IMG 20190602 WA0057