24
Mon, Jun
33 Artikel Baru

Quran dan perpaduan kian subur di Lenggong

Berita
Typography
LENGGONG: PAS Cawangan Kampung Luat akan menjadikan program khatam al-Quran beramai-ramai sebagai aktiviti tahunan pada setiap kali menjelang Aidilfitri.
 
Naib Ketua Cawangannya, Mustafa Kamal Ibrahim berkata, program itu adalah kemuncak kepada aktiviti tadarus al-Quran sepanjang bulan Ramadan, sama ada tadarus bersendirian atau berkumpulan.
 
Menurutnya, bermula awal Ramadan lagi telah ada beberapa kumpulan mengadakan aktiviti bertadarus di masjid, di surau dan ada yang bertadarus secara bersendirian di rumah.
 
"Dua minggu sebelum Ramadan PAS Kampung Luat telah memutuskan untuk mengadakan aktiviti bertadarus secara berkumpulan sepertima pada tahun-tahun lalu.
 
"Pada tahun ini kita telah memutuskan untuk mengadakan majlis khatam al-Quran secara beramai-ramai dengan menghimpun para peserta dari kumpulan-kumpulan tadi selain yang bertadarus secara individu.
 
"Istimewanya kali ini majlis khatam yang kita adakan disertai wanita Umno dan dengan penyertaan menggalakkan daripada mereka, PAS cawangan akan mengadakkan aktiviti itu lebih besar pada tahun depan," ujarnya.
 
Mustafa Kamal berkata demikian ketika ditemui selepas program khatam al-Quran bersama yang disertai kira-kira 30 orang, termasuk wanita Umno petang semalam.
 
Turut hadir Bendahari PAS Kampung Luat, Mohd Yusof Mat Sea'at dan Setiausaha Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS cawangan, Mohd Nazir Sulaiman.
 
Sementara itu, satu majlis iftar jamaie anjuran bersama PAS Kawasan dan Umno Bahagian bagi Parlimen Lenggong telah diadakan dengan kehadiran ramai penduduk setempat di Banggol Belimbing.
 
Majlis itu telah dihadiri Yang Dipertua PAS Lenggong yang juga Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria dan Ahli Parlimen Lenggong, Dato' Dr Shamsul Anuar Nasarah.
 
Turut hadir Timbalan dan Naib Yang Dipertua, Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat PAS kawasan, Ustaz Mohd Hanafiah Idris, Jamil Yahaya, Ustaz Muhd Rifaat Razman dan Ustazah Fauziah Musa. - HARAKAHDAILY 3/6/2019
IMG 20190603 WA0056
 
IMG 20190603 WA0052