24
Mon, Jun
33 Artikel Baru

Istiqamah kebajikan, PAS menangi ramai hati

Berita
Typography
TAMBUN: Infak tetap bulanan penduduk Kampung Tersusun Klebang Selatan, Batu 6, telah diagihkan kepada lapan keluarga terpilih oleh Jawatankuasa PAS Cawangan Klebang Selatan, di sini semalam. 
 
Ketua PAS Klebang Selatan, Ahmad Abdul Ghani berkata, infak barangan dapur tersebut adalah hasil derma ikhlas orang awam yang komited dengan perjuangan PAS di mana menjadi sumber utama program ini.  
 
Berikutan hasil ziarah tersebut, PAS Klebang Selatan juga akan mengusahakan bantuan kerusi roda buat seorang pesakit lumpuh dan uzur yang memerlukannya untuk kegunaan harian.
 
Terdahulu, PAS Zon Manjoi turut mengadakan program kebajikan yang merupakan aktiviti tahunan mereka bagi menyampaikan sumbangan sebagai persediaan Aidilfitri buat keluarga terpilih, 30 Mei lalu.
 
Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Tambun, Ustaz Salleh Said serta pimpinan PAS Tambun meraikan seluruh 40 penerima sumbangan tersebut. 
 
Ketua Pemuda PAS Tambun, Ustaz Hafez Sabri menekankan bahawa segala amal dikerjakan dicatat oleh Malaikat Raqib dan Atid yang dikirimkan Allah berada di sisi setiap hambanya.
 
"Ambillah kesempatan dibulan Ramadan yang mulia ini untuk terus melakukan amal soleh dan diteruskan segala amalan dibulan berikutnya," ujar beliau yang juga bekas calon PAS Dun Manjoi pada PRU14.
 
Ustaz Salleh menyatakan, PAS akan terus membela nasib rakyat melalui program-program kebajikan yang menjadi tanggungjawab bersama meskipun bukan parti kerajaan.
 
Majlis sumbangan Aidilfitri tersebut diserikan dengan iftar jamaie bersama seluruh penerima dan masyarakat Zon Manjoi yang membuktikan PAS komited melangsungkan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. - HARAKAHDAILY 3/6/2019
IMG 20190603 WA0059