18
Sun, Aug
20 Artikel Baru

Mangsa banjir dapat bantuan PAS Lipis

Berita
Typography

KUALA LIPIS: Kesukaran yang dihadapi mangsa banjir di Kampung Aur Gading sedikit terubat apabila menerima sumbangan PAS Lipis.

Seramai 39 mangsa banjir dan golongan asnaf menerima sumbangan disampaikan Yang Dipertua PAS Lipis, Roslan Zainal Al Ahmadi.

Roslan berkata, penduduk Kampung Air Gading ditenggelami banjir beberapa hari lepas berikutan air Sungai Tanum melipah berikutan hujan lebat.

“Penduduk yang tinggal di kawasan rendah ditenggelami air bah sehingga merosakkan banyak harta benda dan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya di sini.

Menurutnya sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai bagi membantu mereka menyiapkan juadah berbuka puasa dan persiapan menyambut Hari Raya.

Turut menerima sumbangan PAS Lipis termasuk guru dan pelajar Pasti Kampung Chegar Perah. Hadir sama pada program tersebut Ketua Dewan Muslimat PAS Lipis Khatijah Abdul Jamal. - HARAKAHDAILY 4/5/2019