24
Mon, Jun
32 Artikel Baru

PAS-Umno Setiawangsa kacau dodol, takbir raya

Berita
Typography
SETIAWANGSA: PAS Kawasan bersama Umno Bahagian bagi Parlimen Setiawangsa telah mengadakan program Kacau Dodol di Laman Bestari, AU3 Keramat, di sini.
 
Kolaborasi ini menjadi isyarat hubungan erat yang telah terjalin antara kedua pihak dan semakin mengukuh dalam menjayakan agenda perpaduan ummah.
 
Sebanyak empat kawah dodol telah dihasilkan di mana kerja-kerja 'mengacau' oleh para petugas telah berlangsung dari selepas Maghrib hingga jam 3 pagi, kelmarin dahulu.
 
Dodol yang dihasilkan itu kemudiannya telah diedarkan kepada para penduduk di seluruh Parlimen ini dalam rangka memasyarakatkan PAS dan Umno, kelmarin.
 
Istimewanya juga, sempena program tersebut, kedua pihak telah bersama mengadakan rakaman takbir raya yang dilihat menyuburkan lagi ukhuwah ahli dan pimpinan PAS-Umno.
 
Antara pimpinan PAS Setiawangsa yang hadir adalah Yang DiPertua, Abdul Halim Hassan; Naib Yang DiPertua, Dr Zuraini Hashim; Ketua Penerangan, Ustaz Ubaid Akla dan Ketua Urusan Ulamak, Ustaz Syahir Safwan.
 
Manakala pimpinan Umno Setiawangsa terdiri dari Ketua, Dato' Seri Izzudin Ishak; Timbalan Ketua, Dato' Mohd Irwan Rizal; Naib Ketua, Yusaini Ishak; Setiausaha, Dato' Mohd Alias Hamzah dan Bendahari, Wan Emir Wan Khairullah. - HARAKAHDAILY 4/6/2019
20190604 170431