16
Sun, Jun
25 Artikel Baru

Tiada niat pertikai kuasa pengampunan - Takiyuddin

Berita
Typography

KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS Dato’ Takiyudin Hassan hari ini memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu berhubung kenyataannya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai banduan.

Katanya, tiga isu penting dibangkit dalam ceramah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Mei lalu.

“Saya beritahu kepada polis ceramah saya mengandungi tiga isi penting yang besar seperti PAS menyokong PBS kerana solidariti pembangkang, pembangkang tidak menyokong pindaan perjanjian Malaysia 1963.

“Saya menyatakan Dato’ Seri Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri atau menjadi pimpinan negara antara sebabnya beliau merupakan bekas banduan,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu petang tadi.

Beliau dipercayai memberi keterangan selama lebih sejam.

Berikutan ceramah itu laporan polis dibuat Pemuda PKR Cabang Ketereh yang didakwa mempersoalkan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

Takiyuddin juga berkata, beliau tiada niat mempersoalkan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong sebaliknya mempertikaikan siapa yang meminta pengampunan terbabit sebab usaha itu masih kabur. - HARAKAHDAILY 10/6/2019