24
Mon, Jun
32 Artikel Baru

Orang Asli di Kuala Koh tidak pernah disisih

Penduduk Orang Asli di Kuala Koh menerima sumbangan daripada Ustaz Tuan Saripudin Tuan Ismail.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Selain terdapat penempatan khas dibina kerajaan di Kuala Koh, masyarakat Orang Asli di situ sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri.

Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Nazman Che Iberahim berkata, isu Orang Asli di Kuala Koh Gua Musang sengaja disensasikan bagi mengaitkan kegagalan kerajaan negeri.

Sedangkan katanya, suku kaum Bateq di Kuala Koh dan tempat-tempat lain sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri termasuk menyalur bantuan makanan dan perubatan kepada mereka.

“Ada pihak mengambil peluang dengan isu kematian Orang Asli menuduh kerajaan negeri mengabaikan masyarakat Orang Asli suku Bateq di Kuala Koh.

“Pada 15 dan 16 Mac lalu rombongan kerajaan negeri diketuai anggota Exco Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan beberapa NGO berpadu tenaga menyantuni Orang Asli Kuala Koh,” katanya di sini.

Menurutnya pada kunjungan itu pelbagai bantuan dihulur termasuk beras dan pelbagai makanan kering.

Selain itu kit perubatan, pemeriksaan kesihatan percuma, mengajar mereka cara menggosok gigi, menggunakan sabun dan menjaga kebersihan diri.

Katanya, misi kedua ke Kuala Koh diadakan pula pada 27 April lalu dengan membawa pasukan perubatan.

Penyelia Dun Paloh Ustaz Azman Ahmad pula berkata, beliau dan rombongan PAS Gua Musang sering masuk ke penempatan Orang Asli di Kuala Koh bagi menyampaikan pelbagai bantuan kepada mereka.

Malah katanya, misi dakwah juga sering bertandang ke Kuala Koh di samping menghulurkan pelbagai bantuan kepada penduduk tempatan. - HARAKAHDAILY 11/6/2019