16
Sun, Jun
25 Artikel Baru

Rumah Terbuka PAS Kelantan esok

Berita
Typography

KOTA BHARU: Orang ramai dijemput menghadiri Majlis Rumah Terbuka PAS Kelantan sempena Aidilfitri 1440 Hijrah pada 9 Syawal (13 Jun).

Majlis berkenaan akan diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) bermula pukul 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang.

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Md Nawi, berkata pelbagai hidangan disediakan untuk orang ramai sempena majlis yang diadakan setiap tahun itu.

Menurutnya lagi, selain itu orang ramai dapat beramah mesra dengan pimpinan tertinggi kerajaan negeri, wakil-wakilrakyat dan lain-lain pimpinan.

“Di samping menjamu selera, kita dapat merapatkan ukhuwah sesama kita, bermaaf maafan sempena program itu.

“Untuk itu saya menyeru rakyat Kelantan mana-mana yang berkesempatan jauh dan dekat hadir pada majlis kita ini termasuk golongan bukan Islam,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu, selain itu ketua pelbagai agama juga akan hadir pada majlis itu.

Menurutnya, mereka turut diraikan pada majlis itu sebagai lambang kemesraan muhibah antara kaum di Kelantan.

Tambahnya, antara aturcara yang disusun ucapan dari pimpinan, penyampaian duit raya dan beberapa acara lagi. – HARAKAHDAILY 12/6/2019