24
Mon, Jun
33 Artikel Baru

Mendoakan kesihatan buat adik Ainul Mardhiah

Berita
Typography
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
"Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani"."
(An-Anbiya': 83)
 
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak merakamkan ucapan alhamdulillah dan syukur kepada Ilahi atas perkembangan positif adik Ainul Mardhiah yang telah berjaya menjalani pembedahan membuang Germ  Cell  Tumor pada mulutnya.
 
DPPNS juga mengucapkan terima kasih kepada sepasukan doktor pakar yang di ketuai oleh Dr Julian Ong dan di bantu oleh Dr Amalina Che Bakri yang berjaya menjalankan pembedahan buat adik Ainul Mardhiah. Lebih membanggakan, doktor yang terlibat dalam menjalankan pembedahan ini merupakan rakyat Malaysia.
 
Sifat pemurah dan dermawan rakyat Malaysia yang membantu menanggung kos pembedahan dan rawatan adik Ainul Mardhiah di salah sebuah hospital di London yang menelan belanja hampir RM 1 juta amat dihargai.
 
Akhir sekali, DPPNS mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus menadah tangan mendoakan akan kesihatan buat adik Ainul Mardhiah kembali pulih seperti anak-anak comel yang lain. Juga mengharapkan adik Ainul Mardiah serta ibu bapa dapat kembali ke tanah air dengan selamat.
 
HAMDAN SANI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak - HARAKAHDAILY 13/6/2019
IMG 20190613 WA0008