Kelantan lancar kempen buka sekatan Gaza

Berita
Typography

KERAJAAN Kelantan melancarkan kempen 'membuka sekatan ke atas Gaza' yang disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah.

Menurut beliau, Kelantan menuntut semua negara memberi perhatian serius terhadap isu tersebut selepas 11 tahun penduduk Gaza terkurung tanpa bantuan pihak luar.

Bukan itu sahaja katanya, semua masalah yang melibatkan umat Islam  seperti nasib menimpa penduduk Rohingya, Syria dan sebagai perlu juga dibantu.

"Tetapi negara-negara di dunia kurang memberi perhatian dan tidak mempedulikan tetapi apabila ada masalah berkaitan orang bukan Islam mereka cepat memberi respon.

"Ini merupakan sikap pada pandangan saya tidak membantu untuk mewujdukan keharmonian dalam kehidupan masyarakat antarabangsa," katanya.

Program tersebut dianjurkan Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia bagi memungut derma untuk disalurkan kepada penduduk Gaza bagi menghadapi kedatangan Ramadhan.

Penduduk Gaza kini disekat daripada mendapatkan sebarang bantuan dan ia merupakan satu bentuk kezaliman yang dilakukan  regim Yahudi yang menjajah Palestin.

Mereka bukan sahaja dilarang mendapat bantuan luar, tetapi turut dinafikan  hak ke atas tanah air serta sebagai rakyat. – HARAKAHDAILY 21/4/2017