16
Tue, Jul
31 Artikel Baru

Bukit Gantang tambah jumlah keahlian SKIMPAS

Berita
Typography
BUKIT  GANTANG: PAS Kawasan Bukit Gantang telah mengadakan serahan kad keahlian Skim Kifalah Ahli PAS (SKIMPAS) 2019 sempena Liqa Fikri yang diadakan kelmarin dahulu.
 
Penyampaian disempurnakan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad kepada wakil PAS Cawangan-cawangan disaksikan Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Faisal Abdul Rahman.
 
Menurut Perunding SKIMPAS Bukit Gantang, Jamaluddin Othman, penyertaan SKIMPAS bagi kawasan ini iaitu sekitar 200 borang melibatkan pendaftaran baru dan memperbaharui keahlian.
 
Jelasnya, ia masih diproses dan memerlukan sedikit masa memandangkan penyertaan menggalakkan terhadap skim takaful tersebut daripada ahli-ahli PAS seluruh negara.
 
SKIMPAS adalah pelan takaful diperkenalkan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat dengan menawarkan khairat kematian bernilai RM10,000, manfaat ilat kekal, kemalangan dan sebagainya.
 
Pelan takaful yang merangkumi tempoh langganan setahun ini ditawarkan kepada ahli-ahli PAS termasuk juga kepada semua ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS. - HARAKAHDAILY 5/7/2019