18
Fri, Oct
30 Artikel Baru

PAS tempat selayaknya masyarakat bersatu

Berita
Typography
SAYA tidak merasa terkejut dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyeru semua orang Melayu untuk bersatu dibawah partinya. Naratif yang dibawa oleh Tun M masih lagi naratif lama yang menjadikan politik perkauman sebagai tunjang untuk mengekalkan kuasanya yang dilihat semakin goyah.
 
Jikapun naratif itu menjadi sesuatu yang perlu untuk survival umat Melayu, kenapa perlu dibawah Bersatu yang sedang mendokong agenda penguasaan dan dokrinasi DAP serta dalam suasana kerajaan PH yang sudah sangat goyah?
 
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ingin menyatakan bahawa jika masyarakat mencari platform politik untuk bersatu demi survival politik rakyat maka PAS adalah jawapannya kerana: 
 
Politik Islam dibawa PAS lebih inklusif yang merangkumi semua masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan latarbelakang atau dengan kata lain penyatuan yang PAS bawa tidak berlandaskan kaum.
 
PAS membawa budaya politik yang lebih harmoni dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang sangat sesuai dengan kepelbagaian masyarakat di Malaysia.
 
Konsep keadilan Islam yang PAS perjuangkan lebih adil. Buktinya, Islam memerintah dua pertiga dunia yang mempunyai kepelbagaian agama, bangsa dan budaya selama ratusan tahun. Contoh yang lebih dekat adalah bagaimana masyarakat bukan Islam di Kelantan dan Terengganu hidup harmoni dibawah pemerintahan PAS. Dengan erti kata lain hak-hak bukan Islam terjamin dibawah pentadbiran PAS berdasarkan Islam.
 
Justeru, kesedaran dan kebangkitan rakyat khususnya anak muda Malaysia yang sudah bosan dengan kecelaruan politik tanah air kini harus disatukan dalam wadah yang paling stabil dan punya wawasan serta halatuju yang jelas iaitu tidak lain dan tidak bukan, PAS.
 
"Demi Islam"
 
YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Timbalan Ketua Pemuda PAS
7 Julai 2019
4 Zulkaedah 1440H -