18
Fri, Oct
30 Artikel Baru

Kesatuan Melayu harus berasas dari PAS-Umno

Berita
Typography
KUALA  LUMPUR: Muafakat antara parti politik amat dialu-alukan, namun ketika ini PAS tetap konsisten bersama Umno menjayakan agenda penyatuan ummah.
 
Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penyatuan ummah secara asasnya menuntut PAS dan Umno untuk bersama.
 
"Kita (PAS) mengalukan semua muafakat parti politik, tetapi konsisten dengan Umno dalam konsep penyatuan ummah.
 
"Harus diingat, Umno masih lagi menjadi parti utama dalam parti Melayu Islam di Malaysia," katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini semalam.
 
Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, gabungan PAS dan Umno adalah asas di mana parti lain harus melihat kekuatan yang ada pada kedua parti ini.
 
Terdahulu, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti iaitu Bersatu kerana katanya orang Melayu akan lemah bila berpecah banyak parti. - HARAKAHDAILY 9/7/2019