16
Tue, Jul
31 Artikel Baru

Retreat Muslimat Sarawak rangka strategi wanita

Berita
Typography
BINTULU: Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak telah berkampung selama 2 hari mengadakan Retreat Kepimpinan yang dijayakan, di sini sejak Sabtu lalu dan berakhir kelmarin.
 
Program permukiman ini dilaksanakan dalam usaha memperhalusi strategi untuk menjayakan usaha memasyarakatkan Muslimat bersama kaum wanita di negeri Sarawak.
 
Para peserta terdiri dari saf kepimpinan Muslimat PAS Sarawak termasuk Ketua Muslimat PAS Kawasan-kawasan di mana aturcara disusun kendali oleh Lajnah Pemerkasaan Parti.
 
Bertemakan "Islam Memimpin, Wanita Sejahtera", permukiman ini berjaya memurnikan semula Hala Tuju 5 Tahun Muslimat PAS Sarawak, selain membahas strategi dan pelan tindakan sesuai politik setempat.
 
Ketua Muslimat PAS Sarawak, Ustazah Juliani Adin dalam ucapannya memaklumkan kejayaan membentuk tiga lajnah baru yang membuktikan keluarga Muslimat Sarawak terus berkembang. - HARAKAHDAILY 9/7/2019