18
Fri, Oct
30 Artikel Baru

AMAL Melaka gerak operasi bantu mangsa banjir

Berita
Typography
ALOR  GAJAH: Jabatan Amal Malaysia Negeri Melaka telah membuka Pejabat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) melalui PAS Kawasan Alor Gajah berikutan banjir yang melanda daerah itu.
 
Semua anggota AMAL yang melaporkan diri bertugas diberi peranan bertindak untuk operasi dari PKOB dengan memberi khidmat terutama pembersihan kepada kediaman mangsa sejak kelmarin.
 
Hujan lebat melanda daerah ini menyebabkan banjir yang memaksa 1,096 penduduk dari 247 keluarga menjadi mangsa dan terpaksa berpindah ke 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sejak 7 Julai lalu.
 
Pengarah AMAL Melaka, Abdel Wahab Taib merangkap Ketua Sektor Operasi berharap usaha pihaknya turut mendapat sokongan orang ramai bagi menjayakan kerja-kerja meringankan beban mangsa.
 
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu dan memberi sumbangan di mana operasi telah ditamatkan dan PKOB secara rasminya ditutup pada petang tadi.
 
Orang ramai yang ingin menyumbang kepada AMAL Melaka boleh berbuat demikian di akaun sementara Bank Islam 04015020158610 atas nama Mohd Taufik Jamil dan transaksi dimaklumi ke 013-6316039. - HARAKAHDAILY 10/7/2019
IMG 20190710 WA0064
 
IMG 20190710 WA0067