16
Tue, Jul
31 Artikel Baru

NGO-NGO Wanita Islam bantah pelantikan Rania

Berita
Typography
MERUJUK kepada Kenyataan Akhbar Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Lee Boon Chye, kami NGO-NGO Wanita Islam ingin menyuarakan bantahan terhadap pelantikan Rania Zara Medina sebagai ahli Country Coordinating Mechanism (CCM) Malaysia untuk penggal 2019-2021.
 
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyebut “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the federation” yang jelas menunjukkan identiti Malaysia sebagai negara Islam.
 
Apabila Islam diletakkan dalam kedudukan yang tinggi dalam perlembagaan, Islam bukan sekadar menjadi agama untuk upacara keraian atau acara rasmi sahaja bahkan Islam adalah agama negara yang hendaklah diambil berat keberadaannya dalam membentuk polisi pentadbiran dan hala tuju negara.
 
Oleh itu, pelantikan Rania yang merupakan seorang aktivitis transgender tegar memperjuangkan cara hidup LGBT dan songsang serta menyimpang dari ajaran Al-Quran serta Sunnah Rasulullah S.A.W adalah satu tindakan seolah-oleh memberi pengiktirafan kepada cara hidup yang haram ini secara terang-terangan.
 
Sebagai contoh, di dalam FB beliau, Rania tanpa segan silu dan penuh kebanggaan menyatakan sokongan terhadap cara hidup LGBT seperti perkahwinan sesama jantina (same  sex  marriage). 
 
Kedua, Rania secara konsistem memberi pandangan bahawa transgender adalah satu simptom yang timbul secara semulajadi sejak kelahiran, iaitu transgender mempunyai masalah Gender  Identity  Disorder (GID) yang sering dijadikan alasan oleh golongan transgender tersebut supaya tidak dikenakan tindakan dan hukuman. 
 
Baik di bawah undang-undang Syariah, peruntukan undang-undang yang diguna pakai di Malaysia terhadap golongan ini menerusi Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dan juga hukum syarak bersandarkan dalil al-Quran dan as-Sunnah serta fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berkenaan isu pertukaran jantina ini.
 
Walaubagaimanapun, merujuk kepada Diagnostic  and  Statistical  Manual  Mental  Disorder, versi DSM III GID diklasifikasikan sebagai psychosexual  disorder, malah homosexual juga turut termasuk dibawah katergori ini. Manakala versi DSM IV, GID telah diklasifikasikan semula sebagai mental disorder yang tersendiri, dan homosexual telah terkeluar dari klasifikasi disorder. 
 
Namun, istilah GID tidak lagi wujud dan dikeluarkan dari senarai mental  disorder di dalam versi DSM V. Sebaliknya istilah Gender Dysphoria diperkenalkan didalam versi DSM V. Dysphoria bukan lagi disorder, perasaan tidak puas hati dan bukan lagi kecelaruan mental. 
 
Oleh itu, sebarang hujah yang mengatakan golongan mak nyah dan transgender ini mengalami kecelaruan mental dan mereka haruslah dikecualikan dari tindakan undang-undang Syariah adalah merupakan hujah yang tidak tepat dan tidak kukuh sama sekali.
 
Menurut S.S. Dato' Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan, di dalam agama Islam perlakuan transgender atau tasyabbuh (penyerupaan) adalah tetap haram bahkan salah satu dosa besar kerana telah sabit nas-nas syar’ie bahawa Allah S.W.T melaknat orang yang melakukannya.
 
Dari Ibn ‘Abbas R.Anhuma dalam sabda Baginda SAW: ال ِّنَساِء ِمَنَواْلُمَتَر ِّجلاَ ِتال ِّرَجاِل، ِمَناْلُمَخ َّنِثیَنوسلمعليهاللهصلىال َّنِب ُّيَلَعَن
 
Maksudnya: "Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki."
 
Ibn al-Athir berkata: Al-Mutarajjilat ialah perempuan yang menyerupai lelaki dari segi pakaian dan keadaannya. Al-Mukhannath pula ialah lelaki yang menyerupai perempuan. [Al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar, Dar al-Fikr, 2/203]
 
Di sini kami ingin menyebut beberapa Fatwa dan Akta berkaitan LGBT iaitu:
•    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982 memutuskan bahawa seseorang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki manakala seseorang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun (lelaki atau perempuan itu) berjaya menukarkan jantinanya melalui pembedahan. Pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan ataupun sebaliknya, melalui pembedahan adalah haram dari segi syara’.
•    Seksyen 25 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 menjadikan liwat suatu kesalahan yang boleh didenda sehingga RM5,000, dipenjarakan sehingga tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan. Seksyen 26 akta sama pula menghukum perempuan yang melakukan musahaqah dengan hukuman sama apabila disabitkan.
•    Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 menjadikannya suatu kesalahan perbuatan lelaki berlagak atau berpakaian seperti perempuan tujuan yang tidak bermoral.
•    Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, bagaimanapun, melarang terus perbuatan ini dilakukan di tempat awam untuk apa sahaja tujuan. Perlis menamakan kesalahan ini sebagai kesalahan pondan dan mengenakan hukuman bukan sahaja terhadap lelaki berlagak perempuan, tetapi juga perempuan yang berlagak seperti lelaki.
 
Sebagai kesimpulan, kami dengan tegas mencadangkan agar pihak kerajaan secara amnya serta KKM secara khususnya lebih prihatin tentang individu yang dilantik sebagai wakil kumpulan sasaran dalam CCM. Sebaik-baiknya wakil yang dilantik perlulah seseorang yang dapat mengimbangi pandangan dari kedua-dua perspektif, iaitu dari sudut pandang golongan transgender yang mengamalkan cara hidup songsang, dari juga dari sudut pandang transgender yang telah berhijrah dan kembali ke pangkal jalan.
 
Pelantikan Rania adalah berat sebelah kepada sudut pandang golongan pertama, dan ianya tidak adil pada mereka yang ingin berhijrah dan sedang berusaha memperbaiki diri. Ini adalah sangat penting kerana wakil tersebut tentunya pernah mengalami kesan perbuatannya di masa lampau, dan dalam masa yang sama mempunyai pengetahuan mengenai bagaimana golongan tersebut dapat dibantu kembali ke cara hidup yang sihat dan berdasarkan fitrah Illahi. Kriteria lain yang perlu diambil kira untuk melantik wakil dari kalangan kumpulan sasaran adalah:
 
1. Peka dalam isu yang dihadapi komuniti dari pelbagai sudut pandangan – bukan sahaja satu pandangan sahaja,
2. Faham tentang Kebajikan dan Rawatan yang diperlukan oleh komuniti,
3. Faham serta mempunyai ilmu tentang kedua-dua hukum Syarie dan Sivil; dan
4. Faham serta mempunyai ilmu tentang perundangan yang berkaitan komuniti.
 
Sekian. Terima kasih
 
Daripada:
 
Gabungan NGO-NGO Wanita Islam
1. Association of Muslima for Nurture and Advocacy
2. Pertubuhan My Hawa Malaysia (My Hawa)
3. Pertubuhan Nur Fitrah (Nur Fitrah)
4. Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah (SMS Aisyah)
5. Persatuan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS) 
6. Pertubuhan Kebajikan Wanita Erat Perak (ERAT)
7. Pertubuhan Kebajikan Wanita Kuala Lumpur (PERKAWATI CARE) 
8. Persatuan Wanita Berdaya Hulu Selangor (PERWADAH)
9. Persatuan Kebajikan Khadijah Malaysia (Khadimah Care) 
10.Persatuan Prihatin Pandan Selangor (Prihatin Pandan) 
11.Pertubuhan Isteri-Isteri Hulu Langat (PENYERI)
12.Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)
13.Pertubuhan Nisa’ Malaysia (Nisa’ Malaysia)
14.Pertubuhan Kebajikan Warisan Feldawati Malaysia (Feldawati) - HARAKAHDAILY 11/7/2019