15
Tue, Oct
20 Artikel Baru

Pengurusan ladang PKINK utama alam sekitar

Zulkifli Mamat menerima sijil MSPO.

Berita
Typography

GUA MUSANG: Kumpulan Perladangan PKINK Berhad (KPPB) berjaya memperolehi Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) November tahun lalu.

Sebanyak enam ladang di bawah KPPB dan sebuah kilang pemprosesan buah tandan segar bagi penghasilan minyak sawit mentah dan isi rong menerima sijil MSPO.

Sijil berkenaan disampaikan Pengurus MSPO Mohd Hasbollah Suparyono kepada Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Perladangan PKINK Berhad Zulkifli Mamat.

Pensijilan itu mengesahkan produk sawit yang dihasilkan KPPB melalui kaedah mampan, selamat dan berdasar pelaksanaan Amalan Pertanian Baik (GAP).

Majlis bersejarah itu diadakan di Dewan Ladang Sungai Terah dekat sini hari ini turut disaksikan Menteri Besar Ustaz Dato' Ahmad Yakub.

Ustaz Ahmad berkata, kejayaan itu menggambarkan pengurusan ladang di bawah PKINK sentiasa mengutamakan penjagaan alam sekitar untuk kepentingan rakyat. – HARAKAHDAILY 11/7/2019