19
Thu, Sep
36 Artikel Baru

Petani, NGO bantah ubah suai genetik padi

Berita
Typography

ARAU: Cadangan MARDI melaksanakan uji kaji lapangan terkawal padi yang diubahsuai genetik (genetically modified organism – GMO) dibantah petani dan NGO.

Mereka bimbang kesan uji kaji itu boleh merosakkan alam sekitar dan kehidupan manusia.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kadir proses itu tidak stabil dan boleh mendatangkan perkara yang tidak terkawal.

"Sebagai contoh ia akan menghasilkan sebatian toksik kepada manusia. Selain itu sejenis racun glyphosate yang akan digunakan dalam ujikaji tersebut.

“Bahan kimia tersebut dibimbangi akan menyebabkan manusia terdedah kepada penyakit kanser seperti non-hodgkin dan lymphoma," katanya pada sidang media di sini.

Difahamkan uji kaji tersebut akan dilaksanakan di Stesen MARDI Arau.

Semalam petani dan NGO mengadakan perhimpunan aman membantah cadangan MARDI terbabit di Markas Pida 3 Semut Gatal, Tambun Tulang.

Antara NGO yang membantah Persatuan Pengusaha Padi Wangi Kelantan, Sahabat Alam Malaysia (SAM), Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia dan Persatuan Penanam Padi Daerah Rompin.– HARAKAHDAILY 23/7/2019