19
Thu, Sep
34 Artikel Baru

Ekonomi: Hanya Tun M ada pengaruh seluruh rantau

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disarankan mewujudkan suasana baharu sebagai langkah membaik pulih ekonomi negara, kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Malah katanya, saranan itu bertujuan tidak terlalu bergantung kepada negara antarabangsa untuk mengelakkan ekonomi Malaysia terkesan akibat krisis politik antarabangsa yang sedang berlaku.

Katanya, dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya Mahathir mempunyai pengaruh di seluruh rantau berbanding menteri kabinetnya, dan ia perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk mewujudkan hubungan dagang yang memberi kebaikan kepada ekonomi negara.

"Dia dah lama dah (pegang jawatan Perdana Menteri) dan banyak kenalan dari luar negara, ini sangat baik dan pernah berpengalaman ketika menghadapi krisis ekonomi pada tahun 90-an dulu.

"Bagaimana pendekatan dengan dunia ketiga dengan negara-negara Islam. Itu idea-idea yang perlu dilaksanakan bukan melontar idea sahaja.

"Apalagi beliau melontar idea baharu yang sangat menarik, yang pernah dicetuskan oleh almarhum Erbakan, dan Tun terlibat sama, D8, Negara Kelapan beliau perkecilkan sedikit dengan suasana pada hari ini melibatkan Turki, Iran, Pakistan, dan Malaysia," ulasnya dipetik menerusi sedutan video dalam Facebook beliau.

Justeru itu, Anggota Parlimen Marang itu berpendapat idea yang dikemukakan Mahathir itu perlu dilaksanakan dan harus diberi peluang.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata demikian untuk mengulas soalan wartawan mengenai pendirian Mahathir yang berjanji akan melepaskan jawatannya apabila negara kembali stabil dan pulih.

Beliau ditemui media selepas  selepas Kuliah Mingguan di Masjid Rusila, Marang, hari ini. – HARAKAHDAILY 2/8/2019