19
Thu, Sep
34 Artikel Baru

Simulasi Haji Cilik dedah murid rukun Islam kelima

Berita
Typography
RAUB: Program Simulasi Haji Cilik telah memberi pendedahan mengenai Rukun Islam kelima kepada murid-murid dari beberapa sekolah rendah dan pra-sekolah dalam daerah ini.
 
Mereka adalah dari PASTI Al-Hanan Sempam, PASTI Mantik Kampung Gali Tengah, PASTI Al-Fateh Dong, PASTI Al-Kautsar Felda Tersang 1 dan SRITI Raub.
 
Lebih 100 murid terlibat termasuk dari Al-Baghdadi Learning Centre, Taman Tengku Abu Bakar dalam bimbingan bermodul tersebut yang telah dilangsungkan di Mantik, Kampung Gali Tengah, di sini hari ini.
 
Simulasi ini bertujuan mendekatkan murid-murid berkenaan mengenai Rukun Haji secara praktikal, selain mengenalkan mereka mengenai ibadah tersebut sempena bulan Zuhijjah.
 
Para peserta telah diberi tunjuk ajar oleh Mutawif Pembimbing, Ustaz Mustaffa Faizul Hambli yang juga pembimbing haji dari Umrah Juara Travel Cawangan Bentong.
 
Program ini anjuran bersama Ustazah Zuriati Yazid dari PASTI Mantik dibantu tujuh ahli jawatankuasa di bawah Pra-Tahfiz PASTI Mantik dan Al-Baghdadi Centre yang diurus Zafirah Zainuddin. - HARAKAHDAILY 4/8/2010
20190804 211937