19
Thu, Sep
34 Artikel Baru

PAS BM anjur bengkel jawab Matematik UPSR

Berita
Typography

BUKIT MERTAJAM*: Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Bukit Mertajam telah menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Matematik UPSR 2019 di Dewan Haji Mohamad, Bukit Minyak, di sini kelmarin.

Ia dikendalikan oleh Nur Diyana Binti Saharudin daripada Baraqah Learning Guide dengan kehadiran seramai 31 peserta terutama daripada bakal calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Penganjurannya bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik menjawab soalan Matematik dengan lebih baik dan cepat supaya dapat membantu menjawab dalam tempoh masa yang diberi.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Bukit Mertajam, Rusmina Ibrahim turut hadir menyerikan lagi bengkel tersebut dan merangsang motivasi dalam kalangan peserta.

Bengkel yang dijalankan separuh hari itu mengetengahkan perbincangan menerusi sesi soal jawab antara penceramah dengan peserta selain teori dan amali.

Pihak penganjur, Noor Alifah Saharudin mengharapkan bengkel yang diadakan itu sebagai antara platform kepada peserta untuk meningkatkan persiapan diri menghadapi peperiksaan yang bakal berlangsung September ini. - HARAKAHDAILY 5/8/2019

IMG 20190805 WA0039