19
Thu, Sep
34 Artikel Baru

Bakat anak PASTI Rompin menyerlah di Alam Ria

Berita
Typography
ROMPIN: Alam Ria PASTI Kawasan Rompin telah berlangsung dengan penglibatan 19 PASTI Cawangan yang diadakan di Kompleks Sukan Air dan Rakan Muda Pantai Bernas, di sini kelmarin.
 
Acara tahunan ini berjaya menyerlahkan bakat-bakat dan kemampuan serta pencapaian para pelajar PASTI sebagai bukti pencapaian mereka sepanjang menimba ilmu di institusi ini.
 
Ianya juga untuk meluaskan lagi pengenalan PASTI sebagai produk dan institusi pendidikan Islam PAS untuk masyarakat yang berjaya membawa agenda pembangunan insan kepada orang ramai.
 
Majlis telah dirasmikan Yang DiPertua PAS Rompin, Ustaz Nazri Ahmad yang menjelaskan bahawa PASTI bukan sekadar urusan dunia, namun pendidikan rohaninya berkesinambungan untuk ukhrawi.
 
Beberapa acara dipertandingkan pada program ini antaranya pidato, nasyid, sajak, bercerita, hafazan, khutbah dan kalam jamaie yang ternyata berjaya mencungkil bakat dan keupayaan murid. - HARAKAHDAILY 5/8/2019
IMG 20190805 WA0071