19
Thu, Sep
34 Artikel Baru

Bersatu pertahan Dr Zakir Naik

Dr Fadzli Hassan melancar van promosi jelajah Dr Zakir Naik.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Biarpun berbeza politik namun demi mempertahankan Dr Zakir Naik umat Islam di negara ini hendaklah bangkit menuntut kerajaan terus memberi pelindungan kepada pendakwah terkenal terbabit.

Anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, umat Islam akan bersatu atas nama apa sekalipun demi mempertahankan Islam dan Dr Zakir.

Katanya umat Islam sedar apabila pendakwah itu dibawa pulang ke India dia akan dibicarakan dan kemungkinan diputuskan bersalah.

“Kita sudah tahu apa yang akan berlaku selepas itu dan kita juga sudah menjangkanya, kerana itu kita perlu mempertahankannya supaya terus tinggal di negara ini,” katanya di sini.

Baru-baru ini veteran DAP Lim Kit Siang bersetuju saranan penulis Anas Zubedy supaya Dr Zakir meninggalkan Malaysia secara sukarela.

Malah hujah itu dipertahankan seorang lagi pemimpin DAP, Ramkarpal Singh yang turut menggesa Dr Zakir diekstradisi ke India.

Dr Fadzli yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat berharap Malaysia akan terus mempertahankan untuk memberi perlindungan pada pendakwah terkemuka dunia itu. – HARAKAHDAILY 5/8/2019