19
Thu, Sep
34 Artikel Baru

Kelantan wujud Taman Santuari Kelulut

Ustaz Tuan Saripudin penyampaikan cenderahati kepada peserta.

Berita
Typography

PASIR PUTEH: Kelantan akan mewujudkan Taman Santuari Kelulut Darulnaim di Jeram Mengaji Dun Selising.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Ustaz Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata, di lokasi sama akan dibangun ladang ternakan arnab pedaging.

Katanya, di kawasan itu juga sekarang terdapat projek ternakan lembu tenusu al Falah.

“Kerajaan negeri meluluskan sebanyak RM350,000 bagi pembangunan tiga projek tersebut bagi memastikan bekalan makanan tempatan mencukupi dan sentiasa meningkat.

“Tiga projek itu akan dibuat dalam masa terdekat yang juga dikenali sebagai Zon Agro Pelancongan sebagai zon pertanian dan pelancongan,” katanya selepas merasmikan penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2019 di Pantai Bisikan Bayu di sini semalam.

Turut hadir Adun Jelawat Abdul Azziz Kadir dan Timbalan Setiausaha Kerajaan merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Dato' Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Fiessal. – HARAKAHDAILY 5/8/2019