19
Thu, Sep
34 Artikel Baru

Muslimat lahirkan petugas kendali urusan jenazah

Berita
Typography
INDERA MAHKOTA: Muslimat PAS Cawangan Balok Makmur dengan kerjasama Masjid Balok Makmur telah mengadakan bengkel pengurusan jenazah bagi siri kedua, semalam.
 
Seramai 17 peserta telah terpilih untuk menerima pendedahan khusus mengenai urusan memandikan jenazah pada kursus yang diadakan di Masjid Balok Makmur, Beserah, di sini.
 
Para peserta telah diterapkan penerangan secara teori selain menjalani praktikal untuk menjadikan mereka tenaga mahir bagi menguruskan jenazah sekiranya berlaku kematian masyarakat di sini.
 
Dengan kemahiran dimiliki mereka ini baik secara individu atau kumpulan, akan dapat memastikan khidmat dan urusan fardu kifayah dan segala hal ehwal ini dapat disempurnakan.
 
Pengendalian dan bimbingan kursus ini telah disampaikan dari jemputan tenaga pengajar terlatih dan berpengalaman dalam urusan ini iaitu Ustazah Norhayati Ibrahim.
 
Pihak penganjur turut meyakini semua peserta sudah berkemampuan menangani urusan ini berdasarkan komitmen ditunjukkan dan perakuan itu disahkan dengan pemberian sijil. - HARAKAHDAILY 5/8/2019