19
Thu, Sep
34 Artikel Baru

Alam Ria PASTI Kawasan Maran dan Jerantut meriah

Berita
Typography
MARAN: Alam Ria PASTI Kawasan Maran telah berlangsung meriah di Ma'ahad Tahfiz Majalis Ilmi Wa Tarbiyyah, Kampung Lanting, Chenor, di sini kelmarin.
 
Program ini bertujuan mencungkil bakat anak-anak PASTI serta menggilap kehebatan dan keberanian mereka ketika berhadapan masyarakat dan orang ramai.
 
Memacu futuristik, Alam Ria PASTI juga bertujuan melatih murid agar mereka mampu menjadi pemimpin masa depan yang kreatif, berani, berkebolehan dan profesional.
 
Program ini telah dirasmikan Adun Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak yang turut menyampaian hadiah utama dan cenderamata kepada semua peserta dan pemenang.
 
Manakala di JERANTUT, Alam Ria PASTI Kawasan Jerantut telah berlangsung dengan penglibatan 16 PASTI Cawangan di Kompleks Imam As-Syafie (KIAS), semalam.
 
Majlis dirasmikan Yang DiPertua PAS Jerantut, Ustaz Yohanis Ahmad dan turut dihadiri Adun Tahan, Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin serta Ketua Pemuda PAS Jerantut, Nukman Muqarrin Mhd Khairuddin.
 
Pelbagai acara dipertandingkan seperti nasyid, kalam jamaie, azan, hafazan, sajak, bercerita dan juga khutbah di mana johan setiap acara akan ke peringkat negeri nanti. - HARAKAHDAILY 5/8/2019
IMG 20190805 WA0101
 
IMG 20190805 WA0102