19
Mon, Aug
23 Artikel Baru

PAS Setiawangsa agih daging korban kepada asnaf

Berita
Typography

SETIAWANGSA: PAS Kawasan Setiawangsa berkongsi Aidil Adha bersama para asnaf sekitar Parlimen ini dengan menyumbang keseluruhan lapan bahagian daging yang disertai dalam majlis korban di Surau Al Husna, PPR Seri Semarak, di sini semalam.

Agihan daging lembu korban ini telah disempurnakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Setiawangsa, Subhan Djupri yang juga Komandan Jabatan Amal Malaysia Setiawangsa di mana agihan dilakukan sekitar PPR Seri Semarak dan Rumah Anak Yatim Baiturraudah.

Ia sebagai memenuhi tanggungjawab Mukmin untuk menyantuni hal ehwal golongan asnaf dalam kalangan penduduk yang juga warga Ibu Kota ini atas ketidakmampuan hidup dihadapi dengan harapan pemberian tersebut mendampingkan lagi mereka kepada agama.

Hadir bersama semasa penyembelihan lembu korban tersebut adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Setiawangsa, Kamisan Sujak dan Ahli Jawatankuasa PAS Setiawangsa, Mashitah Jahuri yang memeriahkan majlis tersebut bersama masyarakat setempat.

Pengerusi Surau Al Husna, Rusli Kadir telah melahirkan rasa syukur selepas majlis dijalankan dan berharap ia menjadi penyatuan ummah khususnya di sekitar PPR Semarak di mana aktiviti ini mendapat kerjasama baik semua ahli kariah di surau berkenaan. - HARAKAHDAILY 12/8/2019

IMG 20190812 WA0037

IMG 20190812 WA0036