19
Mon, Aug
23 Artikel Baru

PAS Permatang Pauh lepas Piji kembali temui Ilahi

Berita
Typography
PERMATANG PAUH: Ketika umat Islam sedang bersiap untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha, PAS Kawasan Permatang Pauh dikejutkan dengan pemergian salah seorang pemimpin mudanya, Mohd Amirul Hafizi Juhaimi, 26 tahun.
 
Arwah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang sejak 15 Julai lalu dalam keadaan koma kerana terkena renjatan otak dan kejang seluruh badan di mana telah menghembus nafas terakhir tengah malam Aidil Adha.
 
Lebih mesra dengan panggilan "Piji", arwah merupakan tenaga muda yang komited dan disenangi semua ahli terutama peranan pentingnya selaku Pengerusi PASTI Permatang Pauh dan Ketua Pemuda PAS Cawangan Jalan Baru.
 
Amilin yang merupakan anak sulung dari empat beradik dalam keluarga ini sangat rapat dengan ibunya dan menjadi contoh kepada adik-adiknya di mana arwah juga sepatutnya melangsungkan akad nikah hujung minggu ini.
 
Pemergian beliau sememangnya amat dirasai para sahabat seperjuangan dan keluarga atas perkenalan sepanjang hayatnya dan jenazah telah selamat disemadikan di Kampung Lintang, Dungun, Terengganu, petang semalam. - HARAKAHDAILY 12/8/2019